Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek tunaikan janji dengan mengembalikan semula kalendar persekolahan kepada bulan Januari selepas hampir tiga tahun memegang portfolio tersebut.
Perkara itu dimaklumkan Fadhlina menerusi satu hantaran di laman media sosialnya hari ini, susulan pengumuman rasmi Kalendar Akademik Tahun 2026 yang menandakan sesi persekolahan negara kembali ke kitaran asal sebelum pandemik COVID-19.
Fadhlina Sidek tunaikan janji

“Antara perkara awal yang saya janjikan sewaktu mula-mula menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Pendidikan hampir tiga tahun lalu adalah untuk mengembalikan kalendar persekolahan kepada bulan Januari.
“Sewaktu ditanyakan di Parlimen Malaysia, saya sudahpun berikan bayangan bahawa sesi persekolahan akan dikembalikan ke Januari 2026, paling awal.
“Kami mendengar permintaan ini dan sedaya upaya menyusun semua jadual serta ingin melakukan yang terbaik untuk rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.
Artikel lain: Walau diminta berundur, Fadhlina tetap terima memorandum dengan senyuman – Setiausaha politik
Fadhlina Sidek tunaikan janji

Kata Fadhlina lagi, keputusan tersebut dilaksanakan dengan perancangan rapi, secara tertib tanpa menjejaskan pengoperasian institusi pendidikan termasuk peraturan terkait penggal, hari persekolahan, cuti dan peperiksaan.
“Segala perancangan dilaksanakan dengan teliti sehinggalah Kalendar Akademik Tahun 2026 diumumkan secara rasmi.
“Kepada semua warga Kementerian Pendidikan (KPM) dan anak murid kami, selamat memulakan persekolahan di bulan Januari 2026!” ujarnya lagi.
Sumber: Facebook @Fadhlina Sidek






