July 15, 2024

Fahmi harap pindaan hukuman berat kesalahan curi kabel dapat kelulusan Kabinet

Fahmi harap pindaan hukuman berat kesalahan curi kabel dapat kelulusan Kabinet


KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang meneliti dan akan memutuskan beberapa perkara berhubung pindaan hukuman lebih berat berkaitan kegiatan mencuri kabel komunikasi yang masih berleluasa.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pihaknya akan cuba mendapatkan kelulusan peringkat Jemaah Menteri dan sidang Parlimen berlangsung ketika ini.

“Harapan saya bagi sesetengah perkara (pindaan hukuman) sekiranya diluluskan di peringkat Jemaah Menteri mungkin dalam sidang parlimen ini..tetapi jika tidak dalam sidang akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikiam selepas menghadiri pementasan teater ‘Haji Murat’ di Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka di sini malam tadi.

Kerajaan sedang meneliti akta tertentu selain mengambil kira beberapa perkara dalam bidang kuasa di bawah Kanun Keseksaan sebelum dikuatkuasakan.

“Ada beberapa dalam bidang kuasa ataupun di bawah Kanun Keseksaan yang bukan dalam bidang kuasa Kementerian Komunikasi.

“Pada masa sama, pengalaman di negeri-negrri termasuk di Sarawak dan Pahang tentang kecurian kabel atau vandalisme ini akan kita selaraskan respon supaya satu penyelesaian yang menyeluruh dpt diusahakan,” ujarnya.

Sebelum ini, Fahmi memaklumkan kerajaan sedang menimbangkan hukuman lebih berat terhadap pelaku kes kecurian kabel komunikasi sehingga menyebabkan gangguan perkhidmatan.

Hukuman itu merujuk kepada pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang sedang diperincikan oleh Jabatan Peguam Negara. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top