Pelakon Uqasha Senrose membuat pendedahan yang mengejutkan ramai apabila mempersoalkan mengenai status perkahwinannya dengan aktor Kamal Adli.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Uqasha mendakwa tarikah pernikahan pada sijil pernikahan mereka berbeza dan baru saja mengetahui tentang perkara itu.
BACA: “Adakah Sah Perkahwinan Ini? Tanpa Pengetahuan Bakal Isteri?” – Uqasha
Perkongsian Uqasha itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meminta aktress itu untuk merujuk ke pejabat agama berhubung perkara berkenaan berbanding berkongsikan perkara itu di media sosial.

Turut menjadi perhatian komen daripada Uqasha yang dimuat naik semula oleh seorang pengguna Threads dimana dia baru mengetahui suaminya belum mengambil lagi sijik pernikahan mereka di pejabat agama, malah kad kahwin juga belum dibuat lagi.
Individu tersebut turut mempersoalkan adakah dibolehkan untuk mendaftar surat kelahiran anak jika tidak membawa sijil nikah.
Malah, individu tersebut juga berharap agar emosi Uqasha berada dalam keadaan stabil susulan komen balas yang dibuat oleh pelakon berkenaan di ruangan komen.