Faisal Halim Nafi Curang, Peguam Dakwa Bekas Isteri Suka Tuduh Tanpa Bukti

Faisal Halim Nafi Curang, Peguam Dakwa Bekas Isteri Suka Tuduh Tanpa Bukti


Pada Jumaat lalu perkongsian bekas isteri pemain bola sepak negara, Faisal Halim iaitu Nur Syazwani menjadi perhatian apabila menyertakan tanda pagar #curangitupilihanbukankebetulan. 

Memetik mStar Online, peguam yang mewakili Faisal iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir berkata anak guamnya menafikan pernah berlaku curang dan tuduhan dibuat tanpa bukti kukuh.

BACA: “Anak Bercerita Dok Bersayang-Sayang, Masih Nak Nafikan?” – Bekas Isteri Faisal

Menurut Akberdin lagi, Faisal sering ke luar negara untuk sertai pertandingan dan sudah pasti bertemu ramai orang namun tidak berlaku curang seperti yang didakwa.

“Anak guam saya beritahu bekas isterinya suka buat tuduhan tanpa bukti dan usul periksa. Sebenarnya perceraian kali kedua berlaku ini juga berpunca masaah sama dikatakan mempunyai wanita lain sedangkan anak guam saya tak lakukan perkara sebegitu.

“Sebagai pemain bola sepak kebangsaan dia akan selalu ke luar negara untuk sertai perlawanan atau latihan. Jadi sudah tentu anak guam saya bertemu dengan ramai orang.

“Malah, anak guam saya sendiri beritahu ketika penganjur membawa satu pasukan untuk keluar pasti ada macam-macam program tapi sebagai manusia dia ada pilihan tolak secara baik jika perkara itu tidak elok untuk dilakukan,” katanya.

Sementara itu, Akberdin mengaku Faisal melafazkan cerai dua kali kerana sudah tidak tahan dengan sikap bekas isterinya yang suka menuduhnya.

“Talak pertama pada 11 Jun lalu kerana tak tahan dituduh curang. Namun rujuk pada hari sama. Kemudian lafaz talak kedua pada 10 November kerana dituduh curang sedangkan anak guamnya tak buat perkara itu.

“Jika diikutkan anak guam tak nak bercerai sebab fikir ada anak yang masih kecil tapi dia juga manusia biasa, kerap kali diungkit benda sama yang tiada asas, dia juga penat dan bosan hingga ambil keputusan untuk berpisah,” katanya.

Sumber: mStar Online






Source link

OR

Scroll to Top