Faisal Halim Sah Bercerai Talak Dua

Faisal Halim Sah Bercerai Talak Dua


Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim dah isterinya, Nur Syazwani Mizuana Shahril sah bercerai talak dua di Mahkamah Rendah Syariah Klang hari ini.

Memetik mStar Online, peguam mewakili Faisal iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader berkata mahkamah telah mengesahkan dua kali lafaz talak iaitu pada 11 Jun lalu kemudian 10 November.

BACA: “Patutlah Layan Aku Macam Sampah” – Isteri Faisal Halim

“Talak pertama berlaku pada 11 Jun lalu namun rujuk pada hari sama dan perkara itu telah disahkan mahkamah. 

“Kemudian berlaku lafaz talak kedua pada 10 November baru-baru ini dan mahkamah sudah sahkan ketika ini Syazqani sedang jalani tempoh idah sehinga 10 Junuari depan,” katanya.

Sementara itu, Akberdin berkata pihak mereka dan peguam mewakili Syazwani sedang berbincang mengenai hak jagaan anak serta harta sepencarian.

Pada 10 November lalu, perkongsian isteri kepada pemain bola sepak negara itu memberi bayangan seolah-olah rumahtangganya sekali lagi bergolak.

Sumber: mStar Online






Source link

OR

Scroll to Top