Faizal Hussein jadi taruhan Nurrifa untuk Jamu Seegak

Faizal Hussein jadi taruhan Nurrifa untuk Jamu Seegak


Kuala Lumpur: Pelakon senior, Faizal Hussein bukan sahaja ‘diburu’ penerbit atau produksi tempatan mahupun antarabangsa untuk menjayakan naskhah mereka sebaliknya aktor itu turut menjadi sandaran terbaik perniagaan.

Ia seperti pelantikan sebagai duta mahupun wakil pelbagai barangan kesihatan serta makanan.

Terbaharu, Faizal, 58 dilantik sebagai duta produk jenama Nurrifa menerusi Jamu Seegak.

Menurut Pengarah Urusan Nurrifa Sdn Bhd., Nur Fadhilah Mohamad Puzi, buat julung kali pihaknya melantik duta produk dan pemilihan Faizal Hussein seiring dengan manfaat yang ditawarkan pihaknya.

“Beliau (Faizal Hussein) dipilih kerana figura ini masih segak dan cergas. Kami menapis beberapa calon dan melihat karakter serta gaya maskulin aktor itu sangat sesuai malah selari dengan Jamu Seegak.

“Saya yakin dengan kredibiliti beliau yang mampu membawa jenama ini pergi lebih jauh,” katanya.

Tambahnya, dia berharap pelantikan ini dapat melonjakkan lagi jualan Jamu Seegak dalam kalangan pengguna.

Mengenai Nurrifa pula, Nur Fadhilah memberitahu syarikat itu bermula pada tahun 2021 dan pada mulanya ia hanya fokus kepada masalah dalaman wanita. Begitupun permintaan untuk lelaki semakin banyak menyebabkan pihaknya mengambil keputusan untuk keluarkan Jamu Seegak Nurrifa.

“Dan selalunya dalam bentuk tradisional, perlu digentel untuk dimakan, cukup renyah dan tidak mesra ‘travel’.

“Jadi saya mahu lari daripada kebiasaan dan formulakan dalam bentuk pastil. Bukan sahaja sedap, namun sangat memudahkan pengguna. Khasiatnya masih sama seperti jamu tradisional, cuma saya modenkan sedikit,” ujarnya yang menegaskan syarikat itu sangat mementingkan kualiti kerana setiap produknya mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan dan dihasilkan di kilang bertaraf Good Manufacturing Practice dan Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP).

Sementara itu, Faizal Hussein pula berkata produk berkenaan menarik perhatiannya kerana ia jamu berbentuk pastil.

“Jika sebelum ini memang agak renyah sebab proses penyediaannya, tapi Jamu Seegak telah diformulasi dengan tiga bahan premium iaitu Halia Bentong, Tongkat Ali dan Moringa, jadi terus makan sahaja.

“Di samping pengambilan Jamu Seegak, saya juga seorang yang sangat menjaga pemakanan. Seumur hidup, saya tidak pernah tambah nasi. Alhamdulillah sehingga hari ini, saya bebas daripada sebarang penyakit. Cuma apabila ditambah dengan pengambilan jamu, dapat rasa badan lebih cergas dan pencernaan juga jadi lebih lawas,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top