FAM akan ‘sertai’ saya – Tunku Ismail

FAM akan ‘sertai’ saya – Tunku Ismail


KUALA LUMPUR – Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim memberi bayangan untuk membantu pulihkan ‘maruah’ skuad Harimau Malaya selepas bersedia untuk menjalinkan kerjasama tidak lama lagi.

Menerusi tangkap layar yang tular di media sosial hari ini, Tunku Mahkota Ismail yang juga Pemangku Sultan Johor telah membalas pertanyaan netizen mengenai apa yang akan berlaku pada masa depan.

“Saya tidak akan sertai FAM, FAM akan sertai saya,” balas Tunku Mahkota Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ).

Situasi tersebut bakal menyaksikan Tunku Mahkota Ismail yang pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) terbuka untuk menjalinkan kerjasama bagi meningkatkan mutu bola sepak kebangsaan.

Spekulasi semakin hangat apabila Tunku Mahkota Ismail bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Presiden FAM, Tan Sri Hamidin Mohd. Amin baru-baru ini.

Sebelum ini, Anwar telah memberikan peruntukan sebanyak RM15 juta buat FAM bagi memperkasa kembali skuad Harimau Malaya untuk menjadi salah satu pasukan terbaik di rantau ASEAN.

Sebagai rekod, Tunku Mahkota Ismail sebelum ini pernah menjadi menjadi Presiden FAM pada 2017 sebelum membuat keputusan untuk meletakkan jawatan pada 2018 dan digantikan dengan Hamidin. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top