FAM kekalkan hukuman Selangor FC

FAM kekalkan hukuman Selangor FC


Antara aksi Selangor bertemu Negeri Sembilan pada perlawanan suku akhir kedua Piala FA, 29 Oktober lalu. FOTO SELANGOR FC

SELANGOR FC (SFC) gagal dalam rayuan terhadap hukuman yang dikenakan ke atas mereka berhubung kelakuan penyokong serta kegagalan mematuhi obligasi penganjuran ketika aksi suku akhir kedua Piala FA 2025-2026 menentang Negeri Sembilan FC di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pada 29 Oktober lalu.

Menerusi kenyataan media hari ini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memaklumkan Jawatankuasa Rayuan dalam mesyuarat khas pertama penggal 2025-2029 sebulat suara mengekalkan keputusan asal Jawatankuasa Tatatertib.

Keputusan itu bermaksud SFC tetap perlu beraksi tanpa penonton bagi dua perlawanan Piala FA di gelanggang sendiri termasuk perlawanan separuh akhir kedua menentang Sabah FC pada 30 November ini, selain perlawanan pertama Piala FA musim hadapan.

Denda RM100,000 yang dikenakan sebelum ini turut tidak berubah.

Menurut kenyataan itu, SFC didapati bersalah dalam lima pertuduhan membabitkan pelanggaran Artikel 70, Perenggan 1 dan 3 Kod Tatatertib FAM bagi empat pertuduhan pertama, manakala pertuduhan kelima melibatkan Artikel 68 yang dibaca bersama Artikel 69 kod yang sama.

Sebelum ini, Jawatankuasa Tatatertib FAM yang dipengerusikan Datuk Baljit Singh Sidhu menetapkan hukuman dua perlawanan tanpa penonton serta denda RM100,000 selepas meneliti insiden dalam perlawanan berkenaan.



Source link

OR

Scroll to Top