FAM nak ‘move on’

FAM nak ‘move on’



PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) mahu terus bergerak ke hadapan dan enggan lagi dibayangi sebarang isu atau spekulasi mengenai peletakan jawatan Datuk Mohd Joehari Mohd Ayob sebagai Presiden badan induk itu.Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, fokus kini perlu diberikan kepada perancangan serta pembangunan bola sepak negara, bukannya spekulasi berterusan.”Sekarang ini, perkara itu (peletakan jawatan) diharapkan tidak lagi menjadi spekulasi. Lebih baik kita fikir apa yang perlu dilakukan selepas ini untuk FAM.”Kita nak ‘move on’, itu yang paling penting. Masih banyak perkara yang perlu diberi perhatian demi kebaikan bola sepak Malaysia,” katanya.Sebelum ini, FAM mengesahkan peletakan jawatan Mohd Joehari, dan jawatan tersebut kini dipangku oleh Mohd Yusoff.Namun, keputusan mengejut itu telah menimbulkan pelbagai persoalan, khususnya kerana ia berlaku tanpa sebarang kenyataan rasmi yang jelas daripada FAM.Mengulas lanjut, Mohd Yusoff tidak menolak kemungkinan banyak nama akan dikaitkan sebagai calon Presiden baharu FAM menjelang pemilihan dalam kongres tahun depan.”Saya rasa bukan hanya nama Safee Sali, lepas ini mungkin ada deretan nama lain yang akan timbul. Biasanya bila dah dekat dengan kongres, memang macam-macam akan keluar.”Namun, akhirnya keputusan tetap di tangan ahli gabungan (affiliate). Mereka yang akan menentukan, itu adalah tatacara sebenar pemilihan.”Kalau orang nak buat spekulasi tentang nama-nama tertentu, itu hak masing-masing. Tapi keputusan muktamad tetap pada ahli gabungan,” katanya.



Source link

OR

Scroll to Top