Farahdhiya Anggap Buka Aib Pasangan Lepas Berpisah ‘Red Flag’

Farahdhiya Anggap Buka Aib Pasangan Lepas Berpisah ‘Red Flag’

Farahdhiya Anggap Buka Aib Pasangan Lepas Berpisah ‘Red Flag’


Pelakon dan penyanyi Farahdhiya beranggapan individu yang membuka cerita ataub aib bekas pasangan disifatkan perbuatan tidak matang dan tiada kelas.

Menerusi perkongsian di Threads, Farahdhiya turut mempersoalkan apa mereka dapat dengan berkongsikan aib bekas pasangan kepada umum dan tiada rasa hormat. 

BACA: Farahdhiya Terima Mesej Lucah, Siap Ada Nak Jilat Tapak Kaki

“Antara benda paling red flag ialah apabila seseorang berada dalam hubungan dengan lelaki atau wanita yang bila putus atau bercerai, habis satu dunia dia buka cerita dalam kain, aib bekas pasangan dia.

“Sangat tak matang dan no class. Awak dapat apa eh kongsi aib bekas awak secara terbuka? Saya langsung tak ada rasa hormat kepada orang macam ni,” katanya.

Sementara itu, Farahdhiya turut bertanyakan tiada rasa kasihankah kepada keluarga dan anak-anak dan tindakan berkenaan dianggap seperti budak-budak serta seolah terdesak.

“Tak ada malu ke? Tak kesian dekat keluarga dan anak-anak? Pelik betul. Awak akhirnya nampak sangat terdesak dan kebudak-budakan,” katanya lagi.

“Gunalah akal yang tuhan bagi dengan sebaik baiknya. Jangan lupa,semua orang ada aib masing-masing, jangan sampai aib awak pula yang terbuka,” tulisnya.






Source link

OR

Scroll to Top