Farmer Village, Gajah Tiga anjur bufet Ramadan 70 menu warisan Melayu

Farmer Village, Gajah Tiga anjur bufet Ramadan 70 menu warisan Melayu


FARMER Village menyediakan ruangan yang cukup selesa berkonsepkan Suasana Bazar Ramadan buat pengunjung.

BUAT julung kali, dua restoran iaitu Farmer Village dan Gajah Tiga bekerjasama mempersembahkan hidangan bufet Ramadan bertemakan Sajian Imbauan Desa yang menampilkan lebih 70 menu warisan Melayu istimewa.

Antara hidangan yang disediakan termasuklah menu utama yang popular dengan Gajah Tiga iaitu rendang tok, ayam masak lemak cili api, gulai daging kawah, sate ayam dan daging, tempoyak pucuk ubi, kambing golek dan cucur udang.

Selain itu, bufet berbuka puasa itu juga turut menyediakan menu sampingan seperti gado-gado, pelbagai aneka kerabu seperti kerabu pegaga, kerabu ikan bilis dan lain-lain lagi selain 20 aneka kuih tradisional pencuci mulut seperti pengat pisang, bubur pulut hitam, cucur jawa dan roti jala.

Pengasas Farmer Village, Datuk Peter Ng berkata, kerjasama pihaknya dengan Gajah Tiga itu memberikan pelbagai variasi pilihan buat pengunjung dan pelanggan kedua-dua restoran.

PETER NG (tiga dari kiri) berbangga apabila Farmer Village disahkan halal oleh Jakim pada tahun ini.

PETER NG (tiga dari kiri) berbangga apabila Farmer Village disahkan halal oleh Jakim pada tahun ini.

“Ini merupakan kali pertama Farmer Village menganjurkan bufet Ramadan yang berkonsepkan Suasana Bazar Ramadan bagi menggamit memori dan kemeriahan bulan puasa.

“Kami turut berbesar hati mengumumkan telah memperoleh sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada tahun ini dan ia secara tidak langsung memberikan keyakinan penuh kepada para pelanggan untuk menikmati hidangan di sini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Syarikat Gajah Tiga, Nazri Hendra berkata, beliau berharap kerjasama itu dapat menaikkan lagi nama kedua-dua restoran itu.

“Gajah Tiga Cafe di bawah naungan Gajah3 Foods Sdn Bhd bermula dengan kumpulan kecil yang mempunyai semangat dan minat dalam memartabatkan masakan tradisional Melayu.

“Kami turut memberikan nafas baharu terhadap menu masakan ini melalui penyelidikan sendiri,” katanya.

Bufet Ramadan Sajian Imbauan Desa boleh dinikmati dengan harga bermula RM78 hingga RM128.

Ringkasan AI

  • Buat julung kali, Farmer Village dan Gajah Tiga bekerjasama menyajikan bufet Ramadan Sajian Imbauan Desa dengan lebih 70 menu warisan Melayu Antara hidangan yang disediakan ialah rendang tok, ayam masak lemak cili api, gulai daging kawah dan sate Bufet tersebut juga menyediakan pelbagai aneka kerabu dan 20 jenis kuih tradisional sebagai pencuci mulut Farmer Village menganjurkan bufet Ramadan ini dengan konsep Suasana Bazar Ramadan dan telah memperoleh sijil halal dari Jakim Harga bufet Ramadan ini bermula dari RM78 hingga RM128



Source link

OR

Scroll to Top