Fasa baharu GISSCO

Fasa baharu GISSCO


rnoraina@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Gissco Sdn Bhd, syarikat pembekal tenaga kerja Bumiputera pertama berlesen PETRONAS melancarkan logo korporat baharu sempena ulang tahun ke-50 penubuhannya, menandakan fasa baharu perjalanan syarikat dalam industri minyak dan gas.

Logo baharu itu melambangkan kesinambungan dan kestabilan, simbol prestij, kejayaan serta legasi selama 50 tahun.

Pengarah Urusan Gissco, Mohd Khoirul Kamal Rashid berkata, pengenalan logo baharu itu melambangkan evolusi syarikat daripada perintis industri kepada sebuah organisasi berdaya tahan yang bersedia menghadapi cabaran masa depan.

“Ia turut mencerminkan komitmen Gissco terhadap inovasi, transformasi digital dan hala tuju masa depan yang lebih progresif.

“Identiti baharu ini juga akan menjadi manifestasi penghargaan kepada seluruh warga kerja yang bersama menyokong pertumbuhan organisasi,” katanya kepada Harian Metro.

Beliau terdahulu merasmikan Majlis Makan Malam Gala sempena Ulang Tahun ke-50 Gissco di sini, hari ini.

Majlis sambutan jubli emas itu turut memberi penghargaan khas kepada 11 kakitangan setia yang berkhidmat lebih 10 tahun dengan syarikat, selain menyingkap kembali perjalanan GISSCO sepanjang lima dekad dalam industri.

Syarikat yang diasaskan oleh Allahyarham Mohammad Rashid yang juga anak jati Miri, Sarawak, bermula dengan perkhidmatan katering sebelum berkembang ke bidang pembekalan tenaga kerja dan perkhidmatan khusus.

Pada 1989, Gissco memperkenalkan perkhidmatan slickline yang kini menjadi salah satu tonggak utama, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara pemain Bumiputera terkemuka dalam industri minyak dan gas Malaysia.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top