Fasa serius dengan teman istimewa

Fasa serius dengan teman istimewa


am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pelakon, Aniq Suhair, 24, mengakui sudah memiliki teman istimewa dan merancang ke fasa yang lebih serius iaitu perkahwinan.

Aniq atau nama sebenarnya, Mohammad Aniq Suhair Mohd Salleh berkata mereka sudah berkawan rapat kira-kira enam bulan dan dalam proses mengenali hati budi lagi.

“Setakat ini, hubungan kami berjalan lancar dan semuanya positif sahaja. Si dia juga sama-sama terbabit dalam industri seni.

“Tapi buat masa ini, saya belum sedia untuk berkongsi mengenai teman istimewa saya itu kepada semua.

“Bila sudah sedia, saya akan kongsi. Insya-Allah, kalau ada jodoh, pastinya saya mahu hubungan kami ke arah yang lebih serius iaitu perkahwinan,” katanya.

Terdahulu, Aniq ditemui pada majlis pelancaran platform OTT, UTV yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur, di sini, baru-baru ini.

Ditanya kenapa dia merahsiakan identiti teman istimewanya itu, kata Aniq, bila sampai masanya dia akan berkongsi mengenainya terutama kepada peminat.

“Saya bukan nak rahsiakan cuma takut kalau apa yang dirancang tidak menjadi nanti orang kata macam-macam pulak.

“Kita pun tak tahu rezeki Allah SWT macam mana nanti.

“Hubungan kami pun belum diketahui ahli keluarga lagi. Bila hubungan kami sudah rasmi nanti, kita akan umumkan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Aniq juga kembali dalam bidang lakonan menerusi telefilem Bos Nak Cuti terbitan A Aida Production tahun ini.

Menerusi telefilem arahan Zul Huzaimy itu, Aniq berganding dengan pelakon baharu, Azeva Natassha yang juga anak kepada Datuk A Aida sebagai watak utama dalam karya berkenaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top