Pelakon jelita, Fasha Sandha meluahkan rasa kesal terhadap tindakan, jurulatih kecergasan dikenali sebagai Tareq Fit yang secara terbuka menegur aktor, Que Haidar.
Menerusi perkongsian di Instagram (IG) miliknya, Fasha atau nama lengkapnya, Nur Fasha Sandha Hassan, 42, tampil mempertahankan Que Haidar berhubung content video Jamilah yang mendapat pelbagai respons.
“Siapa kita untuk kata haram atau halal? Maaf, ini ustaz ke? Saya dari haritu macam nak tulis bila dia mengata pasal Que Haidar lapar perhatian, macam sotong.
“Saya nak tanya dia, tau tak Que Haidar tu mencari rezeki untuk keluarga dia disebabkan video itu juga, asbab untuk dia bangkit semula selepas lama berheat dari industri,” katanya.
Mengulas lanjut, Fasha menjelaskan konsert yang dipertikaikan itu bukan sekadar hiburan semata-mata, sebaliknya merupakan acara berunsur kebajikan serta dihadiri pelbagai lapisan masyarakat termasuk selebriti, golongan kenamaan dan ahli agama.
“Hari ini keluar di explore Instagram dia cakap tentang idola saya, pasal halal haram, pasal pergi tempat bermaksiat. Konsert itu juga adalah konsert untuk amal kebajikan.
“Konsert juga dihariri ramai selebriti, VIPs, ahli-ahli agama dan ramai kerabat dan YM permaisuri. Perlu ke nak tulis begini?
Dalam masa sama, Fasha turut mempersoalkan adab menegur menurut ajaran Islam, sambil menyifatkan teguran terbuka sebegitu seolah-olah mengaibkan individu yang ditegur.
“Maaf, saya memang tak hebat bab agama, saya kerdil dan banyak kelemahan tapi dalam Islam boleh ke buat teguran secara terbuka begini?
“Bukankah ini mengaibkan? Maaf, kalau orang lain tegur ustaz bagaimana? Ustaz ini sempurna sangat ke? Kalau ustaz ada keluarga untuk dijaga, begitu juga Que Haidar dan Datuk Seri Siti Nurhaliza, mereka ada keluarga.
“Ustaz boleh ke DM kalau nak tegur. Tak boleh terima la. Asal artis saja selalu kena dapat teguran secara terbuka begini.
“Maaf ustaz, saya harap lepas ni kalau nak tegur selebirti boleh DM saja daripada cuba memalukan kami. Ya kami tak sempurna, banyak kelemahan tapi hanya Allah yang boleh judge bukan ustaz,” katanya di kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyuarakan sokongan terhadap pandangan Fasha dan berpendapat teguran secara tertutup serta berhemah lebih wajar, khususnya apabila melibatkan isu sensitif berkaitan agama dan maruah seseorang.






