PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan beberapa transaksi mencurigakan melalui siasatan berhubung kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dalam FashionValet Sdn Bhd (FashionValet).
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, ia melibatkan transaksi yang dilakukan kepada sebuah syarikat dikaitkan dengan pasangan pengasas FashionValet sejak 2018 hingga tahun lepas.
Beliau berkata, perkara itu dikesan setelah pihaknya merampas kira-kira 60 kotak dokumen kewangan daripada FashionValet, Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).
“Kita melihat kepada aliran punca kewangan serta sebab kemasukan dan ke mana wang itu dibelanjakan bagi melihat adakah terdapat unsur jenayah rasuah atau kesalahan lain membabitkan penipuan.
“Namun kita percaya ada sebahagian pelaburan yang disalah guna dalam hal ini, ini kita sedang kenal pasti,” katanya ketika dihubungi hari ini.
— LAGI