Pelakon Fathia Latiff mencuri perhatian peminat apabila mengakui dirinya kini sudah tidak terurus dan memilik berat badan yang tidak ideal.
Menerusi perkongsian di Threads, Fathia secara jujur meluahkan keadaan dirinya yang disifatkannya sebagai selekeh, gemuk dan hanya menggayakan rambut sanggul sahaja.
“Selekehnya saya sekarang, dengan rambut sanggul, gemuk lagi,” luahnya.
Menyedari perkara itu, aktres Ramona Zam Zam tampil memberikan respons pada hantaran berkenaan sekali gus mengajak Fathia untuk sama-sama bersenam dan mendapatkan semula keyakinan dirinya.
“Tiya, come workout with me? I buat bagi awak cantik balik,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap prhatin yang ditunjukkan Ramona terhadap Fathia.
Malah, ramai dalam kalangan peminat berharap aktres itu kembali bangkit seperti zaman kegemilangannya dahulu.









