“Fatima Bukan Objek, Dia Anak Saya” – Fazura Luah Rasa Terkilan

“Fatima Bukan Objek, Dia Anak Saya” – Fazura Luah Rasa Terkilan


Pelakon Fazura bersuara apabila melihat video memaparkan anaknya ketika di majlis perkahwinan bekas suaminya pada September tahun lalu.

Menerusi perkongsian dimuat naik seorang pengguna di Threads, individu itu tampil meluahkan rasa simpati pada Fatima  yang dilihat keseorangan ketika sesi bergambar Fattah dan Amira.

BACA: “Saya Tak Langgar Perjanjian” – Video Fazura Jadi Perhatian

Difahamkan, video tersebut telah pun dipadam oleh individu berkenaan namun mendapat perhatian Fazura yang berkata itu pertama kali dia melihat video berkenaan serta meluahkan rasa terkilan. Fazura berkata Fatima bukanlah sebuah objek dan itu adalah anak perempuannya.

“Any lips reader here?. Yang kiri sekali tu cakap apa? ‘Biar je dia kat situ?’. Dia bukan objek! Dia anak saya!!.

Saya minta maaf tapi lillahitaala ini pertama kali saya menonton video ini! Bagaimana? Apa? Itu dilakukan kepada anak saya??”tulisnya.

Bagaimanapun, Fazura enggan memanjangkan isu tersebut kerana tiada yang lebih utama selain anak yang dilahirkan. Tambahnya lagi, keutamaanya adalah kebahagiaan serta kesejahteraan Fatima.






Source link

OR

Scroll to Top