“Fatima Cheeky Girl” – Amira Othman Tak Kekok Layan Anak Tiri

“Fatima Cheeky Girl” – Amira Othman Tak Kekok Layan Anak Tiri


Pelakon Fattah Amin berkata anak perempuannya iaitu Nur Fatima Aisya dan isterinya, Amira Othman kini dalam proses menyesuaikan diri. 

Memetik mStar Online, Fattah berkata Amira tidak kekok melayan Fatima tambahan pula isterinya itu sememangnya sukakan budak-budak. Malah, Fatima juga semakin selesa dengan kehadiran Amira.

BACA: Ramai Nak ‘Unfollow’ Fasha Sandha Gara-Gara Hadir Majlis Resepsi Fattah & Amira

“Fatima panggil Amira Aunty Mira. Masing-masing sedang sesuaikan diri. Apa yang saya nampak, mereka gembira bersama. Amira juga sukakan budak-budak, dia sangat baik dengan budak-budak. Jadi tak nampak kekok,” katanya.

Sementara itu, Amira berkongsikan Fatima seorang kanak-kanak yang ceria, bijak serta mudah untuk ajak berbual.

“Saya okay sahaja. Fatima sangat baik dan cheeky. Dia petah untuk berborak dan sangat bijak. Dia juga sangat caring dengan keadaan sekeliling. Selalu ajak makan bersama,” katanya. 

Terdahulu, Fattah dan Amira sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada 14 September lalu. 

Sumber: mStar Online






Source link

OR

Scroll to Top