“Fatima Nak Daddy Baru, Tapi Dia Nak Pilih Sendiri, Kena Approve Dulu”

“Fatima Nak Daddy Baru, Tapi Dia Nak Pilih Sendiri, Kena Approve Dulu”


Baru-baru ini, tular video siaran langsung yang dimuat naik semula di TikTok memaparkan pelakon Fazura bersama anaknya, Nur Fatima Aisya.

Menerusi video tersebut, Fazura bertanyakan kepada anaknya soalan daripada netizen jika kanak-kanak itu mahukan ‘daddy’ baru.

BACA: Fazura Serah Jodoh Pada Tuhan, Mahu Suami Faham Agama, Bertanggungjawab

“Nak,” jawab Fatima.

“Fatima kata dia nak pilih sendiri, Fatima kena ‘approve’ dahulu,” katanya.

Sementara itu, Fazura turut meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya dan Fatima dan soal jodoh adalah urusan Allah.

“Kenapa haters nak masuk (live) dan marah bila cakap fasal jodoh saya? Jodoh saya, jodoh sayalah. Doakan yang terbaik. Itu bukan urusan anda semua tapi urusan Allah. Doalah yang terbaik untuk saya dan Fatima,” katanya.

Terdahulu,  Fazura pernah mendirikan rumah tangga dengan Fattah Amin pada 2017 namun bercerai pada 2024. Pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan,  Nur Fatima Aisha kini berusia lima tahun.






Source link

OR

Scroll to Top