Fattah anggap Amira isteri syurga

Fattah anggap Amira isteri syurga


norhayati_nordin@hmetro.com.my

Sepang: Pelakon popular, Fattah Amin, 35, mendedahkan panggilan istimewanya kepada isteri tercinta, Amira Othman, 32, adalah isteri syurga.

Ia dikongsikan Fattah ketika ditemubual bersama pengacara Awal Ashaari dan Sissy Imann mengenai panggilan istimewa kepada Amira selepas majlis akad nikah mereka di sini, malam tadi.

“Saya segan tapi saya dah ‘practice’ dan suka untuk panggil dia isteri syurga.

“Insya Allah, kata-kata itu doa,” katanya ringkas dan jelas kelihatan malu.

Pada majlis pernikahan itu, Fattah memaklumkan dia berasa sangat bersyukur selepas sah bergelar suami kepada Amira.

“Rasa bersyukur ke hadrat Ilahi, doa-doa kedua ibu bapa, adik beradik, keluarga, dan peminat-peminat kami.

“Alhamdulliah, termakbul (nikah) hari ini. Cuma, tadi perasaan saya memang gementar,” katanya.

Sementara itu, Amira pula berkata dia sama sekali tidak pernah terfikir akan bergelar isteri.

“Memang tak terfikir dan tak terlintas langsung (kini bergelar isteri). Tapi Allah yang Maha Mengetahui.

“Allah dah susun semua ini. Jadi, saya bersyukur dan Alhamdulillah semuanya sudah tertulis cantik,” ujarnya.

Terdahulu, Fattah dan Amira sah bergelar isteri dengan sekali lafaz pada jam 9.08 malam selepas mereka dinikahkan oleh Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Pada majlis pernikahan itu, Amira juga menerima seutas gelang emas sebagai mas kahwin daripada Fattah.

Selain itu, pengantin lelaki menyerahkan lima dulang hantaran, manakala dibalas tujuh dulang hantaran daripada pengantin perempuan.

Majlis Ijab Kabul Setulus Takdir: Fattah Amira disiarkan secara langsung secara percuma di aplikasi Unifi TV 2.0 menerusi saluran Inspirasi jam 8 malam tadi.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top