Pelakon dan penyanyi Amira Othman menyifatkan suaminya, Fattah Amin seorang yang penyabar serta sentiasa bersangka baik.
Menerusi satu podcast, Amira berkata Fattah seorang suami yang sempurna serta mereka berkongsi matlamat serta hala tuju hidup yang sama.
BACA: Anak Amyza Aznan Terharu Fattah, Amira Othman Beri Sokongan & Bantuan
“Dia punya kesabaran. Sangat bersangka baik. Selain itu, Fattah seorang yang ikhlas. Walaupun dia seorang selebriti, bila borak dengan Fattah dia akan berbalik pada Allah.
“Bila kita borak dengan pasangan kita, tiada perkara untuk dihujahkan sebab ada matlamat yang sama,” katanya.
Sementara itu, Amira berkata Fattah seorang yang bersifat melindungi apabila melibatkan keluarga.
“Fattah juga bersifat melindungi. Boleh tengok cara dia dengan keluarga, bersama ibu dan adik-adik dia,” katanya.






