Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menitipkan pesanan buat pasangan selebriti, Fattah Amin dan Amira Othman ketika di majlis resepsi mereka semalam.
Menerusi klip siaran langsung di TikTok, Siti menitipkan pesanan kepada Fattah untuk menjaga Amira dengan baik serta mengatakan isterinya itu seorang wanita solehah.
BACA: Berbaju Putih Hadir Majlis Resepsi, Anzalna Mohon Maaf Kepada Fattah & Amira
“Pesanan Kak Iti, Fattah jaga Amira baik-baik. Amira seorang wanita solehah, Insya-Allah dia akan menjadi isteri yang solehah.
“Kita sama-sama doakan dan semoga Fattah menjadi pemimpin yang baik dan imam yang baik kepada Amira,” katanya.
Mendengar pesanan daripada Siti itu, Fattah dilihat mengaminkan doa berkenaan dan penyanyi nombor satu negara itu menghadiahkan lagu Bukan Cinta Biasa buat pasangan tersebut.






