najiy.jefri@hmetro.com.my
Shah Alam: Pelakon, Fattah Amin kelihatan tenang dan mesra pada sebutan kedua permohonan cerai yang difailkan isterinya, Nur Fazura di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini, hari ini.
Berbeza dengan sesi prosiding pertama, Fattah tidak lagi tampak sugul seperti kehadirannya di mahkamah sama pada 25 September lalu.
Malah, Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 33, bersuara apabila bertemu dengan 50 wakil media pagi ini.
“Doa-doa yang baik, semoga segalanya dipermudahkan,”katanya ketika ditemui di perkarangan mahkamah kira-kira jam 9.30 pagi tadi, 11 minit selepas kehadiran Fazura.
Fattah diiringi Peguam Syarie, Zulkifli Che Yong yang memaklumkan adanya tanda positif terhadap perjalanan kes perceraian pasangan ini yang akan dimuktadkan secara baik.
Fattah yang hadir menggenakan sut biru lengkap bersongkok turut menjawab mengenai keadaan puteri tunggalnya, Nur Fatima Aisya, 4.
“Dia gembira dapat luang waktu dan menyambut ulang tahun kelahirannya dengan ‘daddy’ dia,”katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd