Fauziah Sarman Kembali Bergelar Isteri, Shila Amzah Mohon Doa Buat Keluarga

Fauziah Sarman Kembali Bergelar Isteri, Shila Amzah Mohon Doa Buat Keluarga


Ibu kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman akhirnya selamat melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya yang dikenali sebagai Zainal.

Menerusi perkongsian terkini di Instagram pereka fesyen terkenal tanah air, Seth & Luna, kelihatan Fauziah dan Zainal memakai busana sedondon berona unggu lembut dan sedang ditata rias oleh jurusolek.

“Tahniah Ca @shahilaamzah dapat pak baru harini .

“Selamat pengantin baru MamaZie & Tuan Zainal, semoga kekal bahagia hingga ke Jannah. Everyone in Custom Seth & Luna, ” tulisnya.

Sebelum ini, Shila menerusi hantaran di Threads turut meminta pengikutnya mendoakan agar urusan keluarganya hari ini dipermudahkan.

“Saya minta kalian doakan family saya hari ini,” tulisnya ringkas.

Sekadar info, Fauziah Sarman pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi dan pelakon ND Lala pada tahun 1989.

Namun, pasangan  itu mengambil keputusan untuk bercerai selepas 34 tahun hidup bersama.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan lima cahaya mata iaitu Nur Shahila atau Shila, Amir Syafiq, Amir Syahir dan Nur Syuhada.

Sebelum ini, Fauziah menegaskan di usia 57 tahun ini, dia tidak pernah menolak untuk kembali berumah tangga.





Source link

OR

Scroll to Top