Fazley akui Vida tepati ciri isteri sempurna – “Kagum dalam bab agama dan bisnes”

Fazley akui Vida tepati ciri isteri sempurna – “Kagum dalam bab agama dan bisnes”


Penyanyi dan pelakon Datuk Fazley Yaakob mengakui usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida memiliki ciri-ciri wanita yang diidamkan ramai lelaki, namun menegaskan hubungan mereka ketika ini tidak lebih daripada sekadar rakan.

Menurut laporan Utusan, Fazley, 47, berkata, dia mengagumi keperibadian ibu tunggal itu terutama dalam cara membesarkan dua anak iaitu Cik B dan Kacak, selain kelebihan yang dimiliki dalam bidang agama serta perniagaan.

“Pada saya Datuk Seri Vida itu memang menepati ciri-ciri seorang isteri yang sempurna. Saya tengok cara dia menjaga Cik B dan Kacak, saya sangat kagum sebab bercium-ciuman dengan anak.
“Saya juga kagum kelebihan Datuk Seri Vida terutama dalam bab agama dan perniagaan. Jadi memang dia menepati ciri-ciri seorang isteri yang baik untuk sesiapa saja,” katanya ketika ditemui pada konsert minggu ketujuh Talk To My Manager (TTMM) di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.

Dalam masa sama, Fazley berkata, status mereka sebagai peserta program yang sama tidak seharusnya disalah tafsir kerana mereka hanya menjalinkan hubungan persahabatan seperti peserta lain.

“Saya berkawan dengan semua mak-mak di TTMM. Cuma apa yang lucu bila anak-anak cakap ramai ibu ‘single’, tapi bapa yang single hanya saya sahaja.
“Saya pun tak dapat nak mengelak daripada anak-anak memperkatakan tentang benda yang menarik di mata mereka.
“Tapi jujur saya cakap, saya masih single dan semua mak-mak dalam TTMM masih single juga. Saya tidak boleh menolak jodoh dengan siapa juga.
“Saya tidak menolak sesiapa juga menjadi jodoh saya. Kalau dia kulit gelap ke, tak putih ke, kalau anak-anak terima, saya okey saja,” ujarnya.

Mengulas kehadirannya bersama Vida pada konsert penyanyi, Nourul baru-baru ini yang mencetuskan pelbagai spekulasi, Fazley menjelaskan kehadirannya di acara tersebut berlaku secara kebetulan dan bukan atas sebab istimewa.

“Saya menggantikan Datuk A Aida yang tak dapat hadir, semalam hanya kami sahaja di ruangan khas tak dapatlah nak lari daripada pandangan umum.
“Sebab tu saya buat kenyataan hari ini (semalam), saya kata saya dijemput secara tak sengaja.
“Cuma yang lucu, ada yang buatkan hashtag iaitu Didalavida. Kami hanya berkawan sahaja sama macam orang lain,” jelas Fazley.

Sumber: Utusan (Wafa Aula)





Source link

OR

Scroll to Top