Dari kiri, Fazriq-Bryan dan Vin Sean- Boon Zhe.
BEREGU lelaki negara, Fazriq Razif-Bryan Goonting membuktikan keunggulan apabila merangkul gelaran beregu lelaki Kejohanan Antarabangsa Sri Lanka di Colombo.
Fazriq-Bryan juga pilihan pertama kejuaraan menundukkan rakan senegara, Wong Vin Sean-Goh Boon Zhe dalam perlawanan akhir yang berlangsung 60 minit.
Bagaimanapun kemenangan Fazriq-Bryan tidak hadir mudah apabila diberikan saingan sangat sengit pilihan keempat tersebut sebelum tunduk set pertama 17-21.
Set kedua, mereka mula menampilkan permainan lebih kemas bagi menyamakan kedudukan apabila menang 21-16, sebelum menang 21-18 selepas diberikan tentangan sengit lawan.
Sementara itu, Vin Sean-Boon Zhe biarpun tewas, telah menunjukkan potensi besar bahawa mereka adalah pasangan yang perlu diberi perhatian.