Fazura Kongsi ‘Pet Peeves’, Ingatkan Soal Adab & Sikap Bertimbang Rasa – “Sikap ‘Entitled’, Suka Tunggu Orang Suap Info..”

Fazura Kongsi ‘Pet Peeves’, Ingatkan Soal Adab & Sikap Bertimbang Rasa – “Sikap ‘Entitled’, Suka Tunggu Orang Suap Info..”

Fazura Kongsi ‘Pet Peeves’, Ingatkan Soal Adab & Sikap Bertimbang Rasa – “Sikap ‘Entitled’, Suka Tunggu Orang Suap Info..”


Pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura, mencuri perhatian netizen apabila berkongsi senarai ‘pet peeves’ atau perkara kecil yang boleh mencetuskan rasa kurang senang dalam kehidupan sehariannya.

Menerusi perkongsian di Threads, Fazura secara terbuka menyenaraikan beberapa sikap menjengkelkan khususnya ketika berinteraksi atau keluar bersama orang lain.

Antara perkara yang paling mengganggu perhatiannya adalah sikap tidak beradab ketika makan.

“What are your pet-peeves? I’ll start. Makan mengunyah tak tutup mulut, berbunyi “chup chap” yang tak beradab.

Selain itu, Fazura turut menegur individu yang mengambil sikap sambil lewa apabila keluar rumah tanpa persediaan asas dan sering bergantung kepada orang lain.

“Kedua, keluar rumah unprepared dengan segala keperluan diri sendiri (termasuklah, powerbank, panadol, cash) dan sentiasa nak minta orang lain yang dah prepared sendiri,” luahnya.

Tidak habis disitu, Fazura menekankan kepentingan sikap saling membantu serta tidak bersikap terlalu ‘entitled’.

Selain, turut menyentuh soal adab dan budi bahasa yang dianggap asas dalam kehidupan bermasyarakat.

“Berat tulang membantu, saling tolong especially bila keluar bersama. Entitled, rasa diri penting.. sentiasa tunggu orang lain lead the way dan suap info tanpa bantu juga.

“Dan berat mulut ucap Assalamualaikum, Thank you dan Sorry,” tambahnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan pelbagai respons terhadap senarai ‘pet peeves’ tersebut.

Malah, ada di antara mereka berkongsi pengalaman dan perihal kecil yang membuatkan mereka terganggu dalam kehidupan seharian.



Source link

OR

Scroll to Top