Pelakon dan usahawan Nur Fazura memuji aktor Kamal Adli yang membelikan baju raya buat bekas isterinya, Uqasha Senrose serta anak mereka, Hawra Uqaira.
Menerusi satu video yang dikongsikan semula di Threads, Fazura diberitahu bahawa Kamal sudah membelikan beberapa pasang baju raya buat Uqasha dan Hawra.
BACA: Tiada Hak Bermalam Dengan Hawra, Kamal Adli Faham Mungkin Uqasha Risau
“Kamal Adli belikan baju untuk Uqasha dan anaknya. Surprise, gentleman! Kamal, Kak Faz respect!”
Difahamkan, perkongsian itu dimuat naik seorang individu yang memuji tindakan Kamal dalam menjaga kebajikan anak dan bekas isterinya serta mendoakan agar aktor itu sentiasa dimurahkan rezeki.
Diruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan Kamal yang disifatkan gentleman serta tidak melupakan tanggungjawab apatah lagi bekas isterinya masih dalam idah.








