Fazura Serah Jodoh Pada Tuhan, Mahu Suami Faham Agama, Bertanggungjawab

Fazura Serah Jodoh Pada Tuhan, Mahu Suami Faham Agama, Bertanggungjawab


Meskipun pernah berdepan kegagalan rumah tangga, pelakon dan usahawan Nur Fazura menyerahkan soal jodoh kepada Tuhan.

Menerusi sesi siaran langsung, Fazura berkata baginya hanya Allah yang lebih tahu apa yang terbaik buat dirinya.

BACA: Fazura Tangguh Kongsi Momen Birthday Fatima, Hormati Perjuangan GSF 

“Kahwin atau tidak bukan urusan sesiapa. Itu adalah ketentuan Allah. Apa yang terbaik untuk saya hanya Allah yang boleh menentukan bukan orang lain,” katanya.

Sementara itu, menjawab pertanyaan netizen Fazura berkata dia berharap bakal jodohnya dapat menyayangi dirinya serta Fatima serta seorang yang bertanggungjawab.

“Kalau itu yang terbaik, yang diredai Allah, yang faham agama dan bertanggungjawab. Semua yang saya doa, mudah-mudahan Allah makbulkan. Yang sayang saya dan Fatima. Yang buat kita bahagia dan tenang,” katanya.






Source link

OR

Scroll to Top