Fei-Din cemas sebelum mara ke pusingan kedua Terbuka Indonesia

Fei-Din cemas sebelum mara ke pusingan kedua Terbuka Indonesia


Nur Izzuddin (depan) dan Sze Fei akan berdepan rakan senegara dalam aksi pusingan kedua Terbuka Indonesia di Jakarta pada Khamis. Foto Bernama.

PASANGAN nombor satu dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dipaksa bekerja keras sebelum lulus ujian pertama Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia sebentar tadi.

Beregu profesional negara itu mara ke pusingan kedua selepas mengalahkan Lee Fang Chih-Lee Fang Jen dalam pertarungan tiga set di Istora Senayan, Jakarta.

Bagaikan lambat panas, Sze Fei-Nur Izzuddin tumpas dalam saingan set pertama di tangan pasangan Taiwan itu 17-21.

Pilihan pertama kejohanan berstatus Super 1000 itu bagaimanapun bangkit memperkemaskan corak permainan untuk menang permainan kedua 21-17 bagi mengheret aksi ke set penentuan.

Mereka yang terkenal dengan julukan Fei-Din kemudian meneruskan momentum positif untuk mengesahkan kemenangan 21-14 dalam tempoh 58 minit permainan.

Menanti mereka dalam aksi pusingan kedua pada Khamis ialah rakan senegara, Nur Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong.

Pasangan profesional negara itu mara ke pusingan 16 terbaik selepas mengalahkan pasangan China, Xie Hao Nan-Zeng Wei Han 21-17, 21-12 dalam masa 32 minit.



Source link

OR

Scroll to Top