KELAB gergasi Eredivisie Belanda, Feyenoord Rotterdam tidak lagi bersama pengendali Brian Priske, yang berada tangga kelima liga walaupun menang hujung minggu lalu, menjelang aksi Liga Juara-Juara menentang AC Milan di Stadium De Kuip, Rotterdam, pada Khamis.
Priske sebelum ini menandatangani kontrak tiga tahun pada Jun tahun lalu menggantikan Arne Slot, yang menyertai kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool, berada di bawah tekanan beberapa minggu lalu selepas keputusan kurang memberangsangkan De Trots van Zuid itu.
Kemenangan 3-0 ke atas jiran tetangga Sparta Rotterdam merupakan kemenangan pertama De Trots van Zuid dalam lima perlawanan liga, menyaksikan kekal 12 mata di belakang pendahulu Ajax Amsterdam.
Musim ini De Trots van Zuid bermula tempang apabila ditunjukkan jalan keluar PSV Eindhoven daripada Piala Belanda minggu lalu, trofi dimenangi sebelum ini.
“Keputusan yang tidak konsisten musim ini dan kekurangan keserasian sebagai alasan utama pihak kelab mengambil tindakan ini.
“Biarpun Feyenoord mencapai beberapa keputusan memberangsangkan dibawah Brian, terutamanya dalam Liga Juara-Juara, prestasi pasukan pertama tidak konsisten dalam beberapa bulan kebelakangan ini, dan malangnya, kami melihat terlalu sedikit kemajuan dalam proses pergerakan pasukan,” kata kenyataan Feyenoord.
Kemenangan 3-0 Feyenoord ke atas Bayern Munich dalam Liga Juara-Juara bulan lalu sebelum ini memulihkan sementara kedudukan Priske dalam kelab.
Bagaimanapun, kekalahan 1-6 kepada jagoan Ligue 1 Perancis, Lille dalam perlawanan terakhir, yang menyaksikan mereka menduduki tempat ke-19 dalam kedudukan kumpulan.
De Trots van Zuid akan menerima kunjungan gergasi Serie A Itali, AC Milan dalam pusingan pertama playoff peringkat kalah mati pada Khamis.