Feyenoord tendang Milan dari Liga Juara-Juara

Feyenoord tendang Milan dari Liga Juara-Juara


Carranza meledak jaringan penyamaan buat Feyenoord di San Siro. Foto Agensi

FEYENOORD Rotterdam bangkit daripada ketinggalan untuk mencatatkan seri 1-1 di AC Milan hasil jaringan pemain gantian Julian Carranza pada Rabu sekali gus mengesahkan tempat kelab Eredivisie Belanda itu di pusingan 16 akhir Liga Juara-Juara dengan kemenangan agregat 2-1.

Santiago Gimenez, yang juga bekas pemain AC Milan, meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan pada minit pertama perlawanan, namun walaupun menguasai permainan dan mencipta banyak peluang, mereka gagal untuk menambah jaringan sebelum rehat.

Perlawanan menjadi lebih sukar buat gergasi Serie A Itali tersebut apabila Theo Hernandez dilayangkan kad merah selepas menerima kad kuning kedua pada minit ke-51 separuh masa kedua.

Feyenoord memanfaatkan kelebihan ini berjaya menjaringkan gol penyamaan menerusi tandukan Carranza minit ke-73, sekaligus mengejutkan Stadium San Siro menyingkirkan kelab Itali itu daripada pertandingan.

Feyenoord akan berdepan sama ada Inter Milan atau Arsenal di pusingan 16 akhir.

Undian bagi menentukan lawan mereka akan diadakan pada Jumaat ini.

LIGA JUARA-JUARA

PLAYOFF KEDUA

AC Milan 1-1 Feyenoord Rotterdam

* Feyenoord menang agregat 2-1

Benfica 3-3 AS Monaco

* Benfica menang agregat 4-3

Atalanta 2-5 Club Brugge

*Club Brugge menang 5-2

Bayern Munich 1-1 Celtic

* Bayern menang agregat 3-2



Source link

OR

Scroll to Top