FIFA beri amaran kepada Erick Thohir

FIFA beri amaran kepada Erick Thohir


PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI), Erick Thohir disarankan melepaskan jawatan sebagai Ketua Jawatankuasa Pengadil PSSI susulan amaran daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang tidak membenarkan pemimpin tertinggi persatuan memegang pelbagai jawatan serentak termasuk jawatan berkaitan pengadilan.

Menurut Erick, keputusan beliau memegang dua jawatan adalah demi memastikan proses pembaharuan sistem pengadilan bola sepak Indonesia dapat dipantau secara langsung.

“Kenapa saya jadi ketua jawatankuasa pengadil? Siapa yang berani sogok saya? Tapi tahun depan ia tidak dibenarkan kerana sudah ada peringatan daripada FIFA,” katanya.

Erick turut menjelaskan bahawa tempat beliau akan digantikan oleh wakil dari Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA), Yoshimi Ogawa yang telah dilantik sebagai Pengerusi baharu Jawatankuasa Pengadil PSSI.

Katanya, pelantikan Ogawa merupakan sebahagian daripada kerjasama teknikal antara PSSI dan JFA sejak 2023 dalam usaha memperkasakan mutu dan integriti pengadil tempatan.

“Tahun pertama Ogawa sebagai ketua jawatankuasa pengadil di Indonesia pasti mencabar kerana beliau masih belum benar-benar memahami landskap bola sepak kita,” jelas Erick sambil menegaskan bahawa Ogawa akan dibimbing olehnya bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar.



Source link

OR

Scroll to Top