FIFA dedah fakta pengadu isu tujuh pemain warisan Harimau Malaya

FIFA dedah fakta pengadu isu tujuh pemain warisan Harimau Malaya


Pemain warisan negara ketika ini digantung 12 bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak.

PERSEKUTUAN Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mendedahkan butiran mengenai aduan rasmi yang membawa kepada denda Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan penggantungan tujuh pemain warisan Harimau Malaya daripada sebarang aksi antarabangsa selama setahun.

Menurut dokumen penuh penghakiman, aduan tersebut diterima pada 11 Jun, sehari selepas Malaysia membenam Vietnam 4-0 dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Secara khusus, pelapor mengemukakan ‘aduan rasmi kerana percaya bahawa beberapa pemain kelahiran luar negara tidak layak mewakili pasukan kebangsaan Malaysia,” menurut dokumen tersebut.

Tanpa mendedahkan nama pengadu tersebut, FIFA menjelaskan aduan itu turut menimbulkan persoalan tentang tempoh sebenar kehadiran pemain-pemain berkenaan di Malaysia, termasuk tarikh mereka menyertai kelab tempatan serta proses naturalisasi dan debut antarabangsa yang dianggap berlaku dalam tempoh meragukan.

Berikutan aduan itu, Sekretariat Jawatankuasa Disiplin FIFA memulakan siasatan mengikut Artikel 30(1) dan 35(5) Kod Tatatertib FIFA (FDC), termasuk mengumpul salinan sijil kelahiran asal pemain yang dinamakan dalam laporan.

Siasatan ini akhirnya membawa kepada keputusan FIFA menggantung tujuh pemain warisan serta mendenda FAM, sekali gus mencetuskan antara krisis paling serius dalam sejarah bola sepak negara.

FAM kini dalam tempoh kritikal untuk mengemukakan rayuan rasmi kepada FIFA bagi membatalkan hukuman tersebut dan mempertahankan kelayakan pemain-pemain terbabit.

Tujuh pemain warisan tersebut ialah Joao Figueiredo, Jon Irazabal, Hector Hevel, Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado dan Imanol Machuca .

Ringkasan AI

  • FIFA mendedahkan aduan rasmi yang menyebabkan denda FAM dan penggantungan tujuh pemain warisan Harimau Malaya selama setahun
  • Aduan diterima sehari selepas Malaysia menang 4-0 ke atas Vietnam dalam Kelayakan Piala Asia 2027
  • Aduan berkaitan dengan kelayakan pemain kelahiran luar negara mewakili pasukan Malaysia dan persoalan tentang tempoh kehadiran mereka di negara
  • Siasatan FIFA melibatkan pengumpulan dokumen kelahiran pemain dan mengikut Artikel 30(1) dan 35(5) Kod Tatatertib FIFA
  • Pemain yang terlibat termasuk Joao Figueiredo, Jon Irazabal, Hector Hevel, Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado dan Imanol Machuca



Source link

OR

Scroll to Top