FIFA tidak ambil tindakan gantung Israel

FIFA tidak ambil tindakan gantung Israel


PRESIDEN Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino menegaskan bahawa bola sepak tidak mampu menyelesaikan masalah geopolitik ketika beliau berdepan desakan agar Israel digantung susulan konflik Palestin.

Dalam satu kenyataan selepas mesyuarat Majlis FIFA, Infantino menekankan kepentingan mempromosikan keamanan dan perpaduan, khususnya dalam konteks situasi yang sedang berlaku di Gaza.

“Di FIFA, kami komited untuk menggunakan kuasa bola sepak sebagai jambatan menyatukan manusia dalam dunia yang terbahagi.

“Kami bersama mereka yang menderita akibat pelbagai konflik di seluruh dunia ketika ini, dan mesej terpenting yang boleh disampaikan bola sepak sekarang adalah mesej keamanan serta perpaduan,” katanya.

Beliau turut menambah bahawa FIFA tidak mampu menyelesaikan masalah geopolitik, namun tetap bertanggungjawab mempromosikan bola sepak di seluruh dunia dengan mengangkat nilai penyatuan, pendidikan, budaya dan kemanusiaan.

Pada tahun 2022, FIFA menggantung Rusia sejurus selepas pencerobohan ke atas Ukraine, meskipun negara itu baru sahaja menjadi tuan rumah Piala Dunia empat tahun sebelumnya.

Ringkasan AI

  • PRESIDEN FIFA, Gianni Infantino, menegaskan bola sepak tidak mampu menyelesaikan masalah geopolitik
  • Infantino menekankan pentingnya mempromosikan keamanan dan perpaduan dalam konteks konflik di Gaza
  • FIFA komited menggunakan bola sepak sebagai jambatan penyatuan di dunia yang terbahagi
  • Mesej bola sepak adalah tentang keamanan dan perpaduan
  • FIFA menggantung Rusia pada tahun 2022 sejurus selepas pencerobohan ke atas Ukraine



Source link

OR

Scroll to Top