Figo ramal PSG julang Liga Juara-Juara

Figo ramal PSG julang Liga Juara-Juara


BEKAS pemenang Ballon d’Or 2000, Luis Figo menyenaraikan Paris Saint-Germain (PSG) sebagai pilihan utama untuk menjuarai Liga Juara-Juara (UCL) musim ini, susulan prestasi konsisten dan tahap kecergasan pemain yang mengagumkan.

PSG di bawah kendalian Luis Enrique, telah menunjukkan transformasi ketara sejak jurulatih Sepanyol itu mengambil alih pasukan pada 2023.

Misi Enrique untuk mengubah DNA kelab mula membuahkan hasil apabila PSG tampil lebih tersusun dan berpasukan, jauh berbeza daripada era terdahulu yang dipenuhi bintang berprofil tinggi. Les Parisiens mara ke separuh akhir selepas menyingkirkan Liverpool dan Aston Villa.

Mereka bakal berdepan Arsenal yang menewaskan juara bertahan, Real Madrid pada Rabu depan.

“PSG sedang berada dalam prestasi terbaik. Sukar untuk buat ramalan tepat tapi mereka kelihatan sangat bersedia,” kata Figo.

Bekas pemain Real Madrid dan Barcelona itu turut memuji kekuatan Inter Milan, sambil mengakui Barcelona juga berpotensi memburu treble musim ini.

PSG kini memburu penampilan kedua dalam final UCL selepas kali pertama pada 2020, yang menyaksikan mereka tewas 0-1 kepada Bayern Munich di Lisbon.



Source link

OR

Scroll to Top