First Lady Buka Topeng Dunia Politik Antara Cinta, Kuasa & Pengkhianatan

First Lady Buka Topeng Dunia Politik Antara Cinta, Kuasa & Pengkhianatan


Dunia politik nampak glamor di luar, tapi siapa sangka di sebalik senyuman dan jas mewah, tersimpan seribu rahsia. Itulah yang cuba dibongkar dalam drama Korea sensasi terbaharu, First Lady, kini boleh distrim eksklusif di Tonton!

Menggabungkan elemen politik, cinta dan pengkhianatan, First Lady membawa penonton menyelami kehidupan seorang wanita yang tersepit antara cinta dan kuasa, maruah dan kebenaran.

Kisah bermula dengan Hyun Min-Cheol (lakonan mantap Ji Hyun Woo), lelaki yatim piatu yang bangkit dari bawah hingga berjaya menjadi Presiden Korea Selatan.

Di sisinya, Cha Soo-Yeon (dilakonkan oleh Eugene) wanita tabah yang selama ini menjadi kekuatan suaminya dan kini bersedia menggalas tanggungjawab sebagai First Lady.

Namun hanya 67 hari sebelum majlis perlantikan, segalanya musnah apabila Min-Cheol membuat keputusan mengejutkan dia mahu bercerai.

Langit cinta yang indah tiba-tiba gelap. Keputusan itu bukan sahaja menggugat rumah tangga, malah membuka semula rahsia gelap dan konspirasi politik yang sekian lama disembunyikan di sebalik dinding kediaman presiden.

Dari luar, mereka tampak sempurna. Tapi di sebalik senyuman kamera, ada dendam, tipu daya dan cinta yang semakin retak. Soo-Yeon kini berdepan pilihan getir, tunduk pada takdir, atau melawan sistem yang mahu memusnahkannya.

Sarat dengan emosi, kejutan dan sinematografi memukau, First Lady ialah kisah tentang cinta yang diuji oleh kuasa dan pengkhianatan.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan naskhah penuh debaran ini, kini ditayangkan eksklusif di Tonton.



Source link

OR

Scroll to Top