Fizo Omar Hormat Syed Saddiq, Pilih Utamakan Tanggungjawab & Keluarga  – “A Man With A Good Heart, Mungkin Beribu Orang Kejar Anda Tapi…”

Fizo Omar Hormat Syed Saddiq, Pilih Utamakan Tanggungjawab & Keluarga  – “A Man With A Good Heart, Mungkin Beribu Orang Kejar Anda Tapi…”


“You earned my respect, Syed Saddiq”, demikian respons pelakon Fizo Omar terhadap Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang disifatkan sebagai seorang lelaki yang berprinsip dan mengutamakan tanggungjawab dalam kehidupan.

Menerusi perkongsian di Instagram, Fizo menyifatkan Syed Saddiq, 33, sebagai individu yang memiliki hati yang baik meskipun menjadi sorotan ramai pihak.

“Anda mendapat hormat saya, Syed Saddiq. Mungkin beribu-ribu mengejar anda, tetapi anda memilih tanggungjawab dan sebuah keluarga. Inilah yang kita panggil lelaki yang berhati baik,” katanya.

 

Dalam hantaran sama, Fizo mengakui kehadiran penyanyi dan pelakon, Bella Astillah memberi kesan positif terhadap persepsi masyarakat kepada ahli parlimen itu selepas berdepan pelbagai konflik dalam kerjaya politiknya sebelum ini.

“Tak dinafikan kewujudan Bella juga sedikit sebanyak menjernihkan nama Syed Saddiq yang pernah dicemari dalam karier politiknya,” katanya lagi.

Bercakap soal jodoh pula, Fizo berkata, soal jodoh sememangnya telah ditentukan Tuhan, namun setiap individu mempunyai hak untuk memilih apa yang benar-benar diperlukan dalam kehidupan dan bukannya sekadar memenuhi kehendak semata-mata.

“Betul, jodoh ditangan Tuhan yang telah ditetapkan, tapi kita sebagai manusia berhak memilih apa yang kita perlu bukan yang kita hendak.

“You guys are meant to be together. Deeply from my heart, saya dan isteri doakan semoga keikhlasan kalian membawa ke jannah dan kekal bahagia sampai bila-bila.

“Nota kaki: kadang tu bila kita tak kejar ‘something’, that ‘something’ akan kejar kita,” kongsinya.



Source link

OR

Scroll to Top