Flick bangga karakter juara Barcelona

Flick bangga karakter juara Barcelona


HANSI Flick bangga dengan karakter juara yang diperagakan pemain Barcelona ketika membelasah Real Sociedad 4-0 untuk kembali ke puncak carta La Liga awal pagi Isnin.

Malah beliau juga gembira dengan keghairahan dan mentaliti anak buahnya yang dahagakan kemenangan dengan bekerja keras sehingga ke wisel penamat.

“Itulah cara kami mahu bermain. Tumpuan utama kami sering kali mengenai serangan. Kami mahu mengumpan bola sepanjang masa. Kami menyerang dengan baik, setiap orang dahagakan untuk menjaringkan gol,” katanya.

Gol Gerard Martin, Marc Casado, Ronald Araujo dan Robert Lewandowski dalam aksi dominan melonjakkan mereka semula ke tangga teratas dengan 57 mata daripada 26 perlawanan.

Kemenangan itu memastikan Barca berkelebihan satu mata berbanding Atletico Madrid dan tiga mata di depan musuh utama Real Madrid.

“Bagus untuk mendapat keputusan ini. Hari ini kami di kedudukan tepat, ia banyak membantu kerana kami ada banyak peluang untuk memenanginya. Kami gembira, tetapi lebih gembira mengenai tiga mata berbanding menyumbat banyak gol,” ujar Flick.



Source link

OR

Scroll to Top