Cadangan pelupusan perniagaan Endpoint Clinical dan Fortrea Patient Access menyelaraskan lagi fokus strategik Fortrea sebagai organisasi penyelidikan kontrak murni
Mencipta penyelesaian Rawak dan Percubaan Pengurusan Bekalan dan Pengurusan Bekalan Percubaan serta Akses Pesakit yang lengkap yang diposisikan untuk pembezaan dan pertumbuhan
DURHAM, N.C., March 13, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) — Fortrea (Nasdaq: FTRE) (“Syarikat”), adalah sebuah organisasi penyelidikan kontrak global (CRO) terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani perjanjian muktamad untuk melupuskan aset yang berkaitan dengan segmen Perkhidmatan Pembolehan miliknya, iaitu Endpoint Clinical (“Endpoint”) dan Perniagaan Fortrea Patient Access, kepada Arsenal Capital Partners (“Arsenal”), sebuah firma ekuiti swasta terkemuka yang mengkhusus dalam membina syarikat penjagaan kesihatan yang kaya dengan teknologi yang terkemuka di pasaran.
Dengan melupuskan perniagaan ini, Fortrea menyasarkan untuk memajukan strategi pertumbuhan dan penyelesaian Endpoint dan Fortrea Patient Access, meletakkan mereka untuk peningkatan pelaburan bagi mempercepatkan pelan hala tuju teknologi dan meningkatkan lagi operasi untuk menyokong penyelesaian dan penyampaian pelanggan yang terbaik dalam kelasnya. Perniagaan Fortrea yang selebihnya akan mengukuhkan fokus mereka terhadap pembangunan klinikal fasa 1 hingga 4. Penutupan disasarkan untuk suku kedua tahun 2024, tertakluk kepada syarat penutupan biasa dan kelulusan kawal selia, serta pihak yang memeterai perkhidmatan dan perjanjian operasi tertentu.
“Hari ini menandakan suatu capaian penting dalam perjalanan berterusan Fortrea, ketika kami menumpukan usaha kami untuk berkembang secara organik sebagai CRO yang memberi tumpuan sepenuh mereka kepada peranannya, dengan fleksibiliti kewangan tambahan,” kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Fortrea, Tom Pike. “Selepas menjalankan semakan strategik perniagaan kami, melupuskan Endpoint dan Fortrea Patient Access adalah sejajar dengan kepentingan pelanggan kami. Arsenal mempunyai pengalaman yang luas dalam membina perniagaan yang mencipta peningkatan sistematik dalam hasil kesihatan, saya yakin Endpoint dan Fortrea Patient Access akan dapat mengukuhkan kedudukan pasaran mereka, memupuk bakat peringkat tinggi dan melabur dalam keupayaan dan sumber baharu sambil menyampaikan penyelesaian yang menambah baik kehidupan pesakit.”
“Saya sangat bersemangat tentang peringkat seterusnya bagi Endpoint dan Akses Pesakit Fortrea,” kata Sam Osman, presiden Enabling Services di Fortrea yang akan berkhidmat sebagai CEO perniagaan ini dengan Arsenal. “Perniagaan ini akan mempunyai kedudukan tersendiri bagi menguruskan perjalanan pesakit dengan berkesan merentas ujian klinikal dan ke dalam pengkomersilan dengan memacu akses dan pematuhan pesakit untuk terapi yang diluluskan. Menggabungkan kepintaran pelaburan Arsenal yang mendalam dan kepakaran operasi industri terkemuka, saya yakin perniagaan Endpoint dan Fortrea Patient Access berada pada kedudukan yang baik untuk pertumbuhan dan penyampaian keupayaan yang dipertingkat untuk pesakit dan penaja farmasi. Saya mengharapkan kesan positif berterusan dalam penjagaan kesihatan.”
“Endpoint dan Fortrea Patient Access mempunyai rekod prestasi yang membanggakan sejak sekian lama bagi kepimpinan pasaran dalam menyokong penyelidikan klinikal dan pengkomersilan terapi inovatif. Arsenal berbangga dalam membina organisasi yang meningkatkan penjagaan kesihatan dengan penuh bermakna. Kami teruja untuk bekerjasama dengan pengurusan dan pekerja bagi mempercepatkan pertumbuhan kedua-dua perniagaan ini,” ujar Gene Gorbach, Rakan Kongsi Pelaburan Arsenal.
Dimitris Agrafiotis, Ph.D., Pengarah Digital, Analitis & AI di Arsenal berkata, “Endpoint dan Fortrea Patient Access menyediakan penyelesaian penting yang membolehkan penyertaan pesakit dalam ujian klinikal dan akses kepada terapi. Saya gembira dapat menyokong pasukan berbakat di Endpoint dan Fortrea Patient Access. Bersama, kami akan meningkatkan lagi kecanggihan keupayaan teknologi yang menyokong komitmen syarikat ini untuk menyampaikan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada industri farmaseutikal.”
Endpoint Clinical
Endpoint beroperasi dalam pasaran eKlinikal pertumbuhan tinggi sebagai penyedia terkemuka penyelesaian Rawak dan Pengurusan Bekalan Percubaan (RTSM) kepada pelanggan biofarmaseutikal dan CRO dengan kepakaran dalam melayani ujian klinikal peringkat akhir yang kompleks. Selama lebih daripada 15 tahun, Endpoint mempunyai rekod prestasi yang berjaya menyokong lebih daripada 1,750 ujian klinikal dengan berkesan melibatkan 875,000 pesakit di 90 buah negara dan telah menyuburkan asas pelanggan penting dan memupuk hubungan strategik yang telah lama terjalin.
Akses Pesakit Fortrea
Akses Pesakit Fortrea ialah peneraju berskala dalam perkhidmatan HUB dan pasaran akses pesakit, berkhidmat dalam industri biofarmaseutikal dengan sokongan pesakit yang komprehensif, akses produk, keterjangkauan dan penyelesaian pematuhan selama lebih daripada 30 tahun. Dimajukan lagi oleh farmasi khusus bukan komersial yang diperluas baru-baru ini, FortreaRx™, untuk menyokong pengedaran yang dipertingkatkan bagi produk rantaian sejuk dan produk bebas ambien, Fortrea Patient Access komited untuk memacu hasil pesakit dan meningkatkan kebolehcapaian penjagaan kesihatan melalui pengalamannya yang luas sambil menyokong lebih daripada 2.5 juta pesakit dan lebih daripada 100 jenama unik merentas lebih daripada 25 tanda penyakit.
Arsenal Capital Partners
Arsenal Capital Partners ialah sebuah firma pelaburan ekuiti swasta terkemuka yang mengkhusus dalam membina pertumbuhan industri dan syarikat penjagaan kesihatan yang menerajui pasaran. Sejak penubuhannya pada tahun 2000, Arsenal telah mengumpulkan dana pelaburan ekuiti institusi berjumlah lebih daripada $10 bilion, menyelesaikan lebih daripada 290 platform dan pemerolehan tambahan serta mencapai lebih daripada 35 realisasi. Firma itu bekerjasama dengan pasukan pengurusan untuk membina syarikat strategik yang penting dengan kedudukan pasaran peneraju, pertumbuhan tinggi dan nilai tambah tinggi. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati www.arsenalcapital.com.
Penasihat
Barclays berkhidmat sebagai penasihat kewangan eksklusif untuk Fortrea dan Smith Anderson berkhidmat sebagai penasihat undang-undangnya. Sidley Austin LLP berkhidmat sebagai penasihat undang-undang Arsenal.
Panggilan Perolehann dan Main Semula
Fortrea akan membincangkan pengumuman pelupusan pada panggilan persidangan pendapatan suku keempat 2023 yang akan diadakan hari ini pada pukul 9:00 pagi ET. Persidangan ini boleh diakses melalui Iaman web Hubungan Pelabur atau pautan siar web perolehan. Untuk mengelakkan kelewatan yang mungkin berlaku, sila sertai sekurang-kurangnya 10 minit sebelum panggilan bermula. Tayangan semula panggilan persidangan langsung akan tersedia sejurus selepas tamat acara dan boleh diakses di bahagian acara dan pembentangan di laman web Fortrea. Pembentangan slaid tambahan juga boleh didapati di laman web Hubungan Pelabur sebelum panggilan bermula.
Perihal Fortrea
Fortrea (Nasdaq: FTRE) ialah pembekal global terkemuka bagi penyelesaian pembangunan klinikal dan akses pesakit kepada industri sains hayat. Kami bekerjasama dengan syarikat biofarmaseutikal, bioteknologi, peranti perubatan dan diagnostik yang baru muncul dan besar untuk memacu inovasi penjagaan kesihatan yang mempercepatkan terapi mengubah hidup kepada pesakit yang memerlukan. Fortrea menyediakan pengurusan percubaan klinikal fasa I-IV, farmakologi klinikal, perkhidmatan perundingan, penyelesaian percubaan dibolehkan teknologi yang berbeza dan perkhidmatan pascakelulusan. Penyelesaian Fortrea memanfaatkan pengalaman tiga dekad yang merangkumi lebih daripada 20 bidang terapeutik, keghairahan terhadap ketelitian saintifik, wawasan yang luar biasa dan rangkaian tapak penyelidik yang kukuh. Pasukan kami yang berbakat dan pelbagai terdiri daripada kira-kira 18,000 orang yang bekerja di lebih daripada 90 buah negara yang dipertanggungjawabkan untuk menyediakan penyelesaian yang terfokus dan tangkas kepada pelanggan di seluruh dunia. Ketahui lebih lanjut tentang cara Fortrea menjadi kuasa transformatif daripada pembangunan kepada pesakit di Fortrea.com dan ikuti kami di LinkedIn dan X (dahulunya Twitter) @Fortrea.
Pernyataan Peringatan Berkenaan Pernyataan Prospektif
Siaran akhbar ini mengandungi “pernyataan prospektif” dalam pengertian undang-undang sekuriti persekutuan, termasuk Seksyen 27A Akta Sekuriti dan Seksyen 21E Akta Bursa. Pernyataan Prospektif menurut sifatnya mengemukakan perkara yang, pada tahap yang berbeza, tidak pasti, seperti pernyataan tentang manfaat jangkaan bagi transaksi, termasuk prestasi kewangan dan operasi masa hadapan serta jangkaan masa untuk menyelesaikan transaksi. Dalam konteks ini, pernyataan prospektif seringkali merujuk kepada prestasi perniagaan dan kewangan masa depan yang dijangka , dan selalunya mengandungi perkataan seperti “panduan,” “jangkakan,” “andaian,” “menjangka,” “hasrat,” “rancang,” “ramalan,” “percaya,” “mencari,” “melihat,” “akan,” “boleh,” “sasaran,” ungkapan yang serupa dan variasi atau kenegatifan perkataan ini yang bertujuan untuk mengenal pasti pernyataan prospektif, walaupun tidak semua pernyataan prospektif mengandungi perkataan pengenalan ini. Keputusan sebenar mungkin berbeza dengan ketara berbanding pernyataan prospektif ini disebabkan oleh beberapa faktor, termasuk, tetapi tidak terhad kepada: pematuhan syarat terdahulu terhadap penyempurnaan cadangan pelupusan transaksi bagi perniagaan Endpoint Clinical dan Fortrea Patient Access, termasuk keupayaan untuk mendapatkan kelulusan kawal selia dan keupayaan Syarikat untuk menyelesaikan transaksi tepat pada masanya atau langsung; kemungkinan transaksi itu mungkin lebih mahal untuk diselesaikan daripada yang dijangkakan, termasuk akibat faktor atau peristiwa yang tidak dijangka; keupayaan pihak-pihak untuk memenuhi jangkaan mengenai layanan perakaunan dan cukai bagi transaksi yang dicadangkan; dan faktor lain yang diterangkan dari semasa ke semasa dalam dokumen yang difailkan oleh Syarikat dengan SEC. Untuk perbincangan lanjut tentang risiko yang berkaitan dengan perniagaan Syarikat, lihat Bahagian “Faktor Risiko” Penyata Pendaftaran Syarikat pada Borang 10, seperti yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (“SEC”), kerana faktor tersebut mungkin dipinda atau dikemas kini dari semasa ke semasa dalam pemfailan berkala Syarikat berikutnya dan lain-lain dengan SEC, yang boleh diakses di laman web SEC di www.sec.gov. Faktor ini tidak boleh ditafsirkan sebagai menyeluruh dan harus dibaca bersama dengan pernyataan peringatan lain yang disertakan atau digabungkan dengan rujukan dalam laporan ini dan dalam pemfailan Syarikat dengan SEC. Semua pernyataan prospektif hanya dibuat pada tarikh laporan ini dan Syarikat tidak memikul sebarang kewajipan, selain daripada yang mungkin dikehendaki oleh undang-undang, untuk mengemas kini atau menyemak sebarang pernyataan prospektif untuk menggambarkan peristiwa atau perkembangan masa depan.
Maklumat Hubungan Fortrea:
Hima Inguva (Pelabur) – 877-495-0816, hima.inguva@fortrea.com
Sue Zaranek (Media) – 919-943-5422, media@fortrea.com
Kate Dillon (Media) – 646-818-9115, kdillon@prosek.com
Maklumat Hubungan Arsenal:
Jackie Schofield di pro-Arsenal@prosek.com