Fraile tidak salahkan pemain, Pahang Rangers tewas

Fraile tidak salahkan pemain, Pahang Rangers tewas


sukan@hmetro.com.my

Kuantan: Pasukan Pahang Rangers perlu menerima hakikat badi tewas pada Selangor FC musim lalu kembali berulang apabila sekali lagi tunduk 3-5 pada saingan sirkit keempat Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) di Stadium Tertutup SUKPA, semalam.

Dua gol pelawat disumbang pemain kebangsaan, Syahir Iqbal Khan Akbar Khan pada minit ke-5 dan 13, Marlon Oliveira Arauja (m-7), Borges Evandro (m-25) dan Muhammad Nazreen Saudi (m-26).

Gol tuan rumah menerusi Ahmad Harith Na’im Nasir pada minit ke-20, Muhammad Syariruddin Md Akhir (m-34) dan Felipe de Souza (m-40).

Ketua jurulatih Pahang Rangers, Eloy Alonso Fraile berkata, beliau tidak menyalahkan barisan pemain dengan kekalahan ke atas Selangor semalam, pemain memberi persembahan terbaik sepanjang perlawanan cuma nasib tidak berpihak pada Pahang Rangers.

Katanya, pemain lawan beraksi dengan baik terutama pada babak pertama hingga mampu menghasilkan tiga gol sebelum menambah dua lagi jaringan pada babak kedua.

“Kita menerima beberapa peluang menghasilkan jaringan namun tidak dapat disudahkan, pemain Pahang Rangers berusaha sejak awal perlawanan tetapi gagal menghasilkan jaringan yang diharapkan. Nasib tidak berpihak pada kita,” katanya, di sini hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top