“Funny How Some People Judge Singing By Personal Life” – Nabila Razali

“Funny How Some People Judge Singing By Personal Life” – Nabila Razali


Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali menjadi tumpuan ramai selepas dia menyuarakan pandangan peribadinya berhubung tindakan segelintir pihak yang didakwa menilai nyanyian berdasarkan kisah peribadi individu tersebut.

Menerusi ciapan di platform Threads, Nabila atau nama penuhnya, Nur Nabila Mohd Razali, 34, seolah-olah tidak senang dengan perkara tersebut yang dianggap tidak wajar.

Pelantun lagu Balas Balik ini berkata nyanyian seharusnya dinilai menerusi vokal dan suara penyanyi tersebut, bukan kisah peribadi yang dilaluinya.

“It’s funny how some people judge singing by personal life, not by voice,” katanya.

Bagaimanapun, Nabila tidak menyebut nama mana-mana pihak dalam ciapannya itu namun rata-rata netizen seakan dapat meneka mesej yang ingin disampaikannya itu.

Meninjau ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen tampil membidas kenyataan Nabila yang didakwa mempertahankan seorang penyanyi lelaki baru sahaja selesai mengikuti pertandingan realiti nyanyian.



Source link

OR

Scroll to Top