PEMAIN remaja Chelsea, Angelo Gabriel menyertai kelab Liga Pro Saudi, Al-Nassr, diumumkan kelab Liga Perdana Inggeris itu.
Bayaran perpindahan pemain sayap Brazil berusia 19 tahun itu belum didedahkan secara rasmi walaupun media tempatan melaporkan sekitar 19.1 juta pound.
Gabriel, yang menghabiskan musim lalu secara pinjaman di kelab Ligue 1 Strasbourg, tiba di Stamford Bridge pada Julai 2023.
Dia kini akan bekerjasama dengan pemain bertaraf lima bintang Cristiano Ronaldo dan Sadio Mane di Al-Nassr.
Al-Nassr kendalian Luis Castro kini berada dikedudukan kelima liga dengan mengumpul empat mata selepas mengharungi dua perlawanan – Al-Raed (1-1), Al-Feiha (4-1) akan berdepan Al Ahli Saudi pada Sabtu.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!