Gagal Bayar Pembiayaan RM15.5 Juta, Mahkamah Arah Hartanah Vida Dilelong

Gagal Bayar Pembiayaan RM15.5 Juta, Mahkamah Arah Hartanah Vida Dilelong


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan beberapa hartanah milik syarikat usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida dijual bagi mendapatkan semula RM15.5 juta pembiayaan Islam yang tidak dibayar.

Memetik Harian Metro, Hakim Norsharidah Awang membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Maybank Islamic untuk meneruskan penjualan hartanah berkenaan di bawah Seksyen 256 Kanun Tanah Negara.

BACA: DSV Ada 20 Buah Rumah Cecah RM50 Juta, Beri Staf & Saudara Mara Tinggal Percuma

Dalam alasan penghakimannya bertarikh 4 Mac, Hakim Norsharidah berkata, pihak bank membuktikan kemudahan pembiayaan diberikan kepada syarikat Vida, Vida Beauty Sdn Bhd dan dijamin melalui cagaran ke atas beberapa lot tanah di Hulu Kinta, Perak.

“Tidak dipertikaikan kemudahan pembiayaan diberikan kepada defendan dan hartanah yang dinyatakan dalam saman pemula dicagarkan secara sah sebagai jaminan bagi pembiayaan itu,” katanya.

Berdasarkan dokumen mahkamah, Maybank Islamic sebelum ini meluluskan kemudahan Pembiayaan Berjangka Komoditi Murabahah-i berjumlah RM4.886 juta kepada Vida Beauty dengan cagaran tujuh lot tanah.

Bagaimanapun, kegagalan syarikat itu untuk membayar balik kemudahan berkenaan, jumlah tertunggak meningkat kepada RM8.45 juta setakat 30 September 2022, termasuk keuntungan terkumpul dan caj bayaran lewat.

Sumber: Harian Metro






Source link

OR

Scroll to Top