Gagal kuasai bahagian tengah punca Sabah FC tewas

Gagal kuasai bahagian tengah punca Sabah FC tewas


Sabah FC perlu memberikan fokus memperkuatkan jentera tengah pasukan. – foto Sabah Football Club

PENGENDALI Sabah FC, Jean-Paul de Marigny menyifatkan kealpaan kesebelasan pemain membiarkan Johor Darul Ta’zim (JDT) menguasai bahagian tengah menjadi punca utama skuad kendaliannya hilang tumpuan hingga tewas 0-8 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, pada Ahad.

Menurutnya, kesebelasan skuad Harimau Selatan juga memiliki kualiti tersendiri apabila berjaya mengekalkan struktur permainan mantap sepanjang perlawanan dengan mendominasi bahagian tengah.

“Kalau kita biarkan pihak lawan mendominasi kawasan tengah, ia akan jadi lebih sukar. Mereka mudah memberi tekanan dan pemain kita akan hilang arah.

“Situasi ini berlaku kepada kami sepanjang perlawanan sehingga menjejaskan momentum permainan.

“Lagipun, dalam bola sepak, bahagian tengah amat penting kerana dari situlah bermula kawalan perlawanan, dan sekiranya kita gagal menguasai bahagian tengah, pihak lawan lebih mudah mencipta peluang,” katanya selepas perlawanan.

Sementara itu, Jean-Paul tetap memberikan pujian kepada para pemain yang dilihat berusaha menyesuaikan diri walaupun berdepan cabaran sengit.

“Sudah tentu, sebagai jurulatih saya kecewa dengan keputusan, tetapi ini juga satu pelajaran.

“Masih banyak baki perlawanan musim ini, jadi kami perlu segera belajar, kekal fokus dan bersedia menghadapi lawan berikutnya,” tambahnya.

Ringkasan AI

  • Pengendali Sabah FC, Jean-Paul de Marigny menegaskan kealpaan membiarkan JDT menguasai bahagian tengah sebagai punca utama kekalahan 0-8
  • Kesebelasan JDT memiliki kualiti dan berjaya mendominasi bahagian tengah yang penting dalam permainan
  • Dominasi lawan di tengah membuat pemain Sabah FC hilang arah dan menjejaskan momentum permainan
  • Walaupun kecewa, Jean-Paul memberi pujian kepada pemain yang berusaha menyesuaikan diri dalam situasi sukar
  • Jean-Paul menekankan pentingnya belajar dari kekalahan ini untuk perlawanan musim yang masih baki



Source link

OR

Scroll to Top