Gagal lengkapkan dokumentasi, impian main di Eropah lebur

Gagal lengkapkan dokumentasi, impian main di Eropah lebur


Penyokong-penyokong setia Fortuna Fortunezen berputih mata untuk menyaksikan kehadiran kelab Eropah ke Stadium Fortuna Sittard bagi saingan musim 2025 – 2026. Foto Agensi

HASRAT Fortuna Sittard untuk beraksi di pentas bola sepak Eropah musim hadapan tidak kesampaian apabila kelab Eredivisie itu gagal melengkapkan dokumentasi yang diperlukan dalam tempoh yang ditetapkan.

Kegagalan tersebut menyaksikan penyertaan kelab itu ditolak oleh badan pengelola pertandingan, sekali gus menamatkan impian mereka untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

Fortuna kini menduduki tangga kesembilan dalam Eredivisie dengan baki dua perlawanan – kedudukan yang sepatutnya melayakkan Fortuna Fortunezen ke pusingan playoff untuk merebut tempat di Liga Konferensi Europa.

Bagaimanapun, kelab itu tidak memiliki lesen Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) yang diperlukan selepas gagal membuat permohonan sebelum tarikh akhir 8 April.

Kegagalan itu menyaksikan anak buah Danny Buijs tidak layak untuk menyertai pertandingan Eropah musim depan.

“Pada waktu ini kelab tidak memenuhi semua keperluan, termasuk penyerahan laporan juruaudit luar mengikut peraturan UEFA.

“Ini telah menyingkirkan penyertaan kelab dalam play-off untuk bola sepak Eropah lebih awal,” kata kelab itu dalam satu kenyataan.

Fortuna kali terakhir beraksi di Eropah pada Piala Intertoto 1998 – sebuah kejohanan yang menawarkan laluan belakang ke Piala UEFA.

“Ya, sudah tentu amat mengecewakan kerana kami tidak dapat memberi ganjaran kepada penyokong-penyokong selepas mengharungi musim yang hebat ini.

“Bagaimanapun, kami rasa penting untuk bersikap telus. Kami sedang sibuk membuat persiapan untuk musim baharu Eredivisie dan sementara itu kami terus membina kemampanan masa depan kelab.

“Kami menjangkakan dapat memenuhi keperluan pelesenan pada musim baharu tanpa sebarang masalah,” kata Pengurus Besar Fortuna Sittard, Martijn Merks.



Source link

OR

Scroll to Top