Gagal miliki Sri Pahang, Nazrul Izad fokus tubuh akademi bola sepak

Gagal miliki Sri Pahang, Nazrul Izad fokus tubuh akademi bola sepak


PENGERUSI Eksekutif NNA Land & Construction Sdn Bhd, Datuk Mohd Nazrul Izad Mohd Arsad kini mengalih fokus kepada penubuhan sebuah akademi bola sepak di Pahang selepas hasrat untuk memiliki kelab Sri Pahang FC tidak kesampaian.

Menurut beliau, keputusan itu diambil selepas melihat masih ramai bakat muda di negeri itu, khususnya dari kawasan kampung yang memerlukan pendedahan latihan secara lebih profesional menerusi penubuhan sebuah akademi bertaraf separa profesional.

“Akademi di Kuantan akan ditubuhkan pada September melibatkan penyertaan murid sekolah rendah serta pelajar sekolah menengah yang bakal dibimbing bekas pemain Pahang.

“Saya telah pun berbincang dengan beberapa bekas pemain bola sepak Pahang, termasuk yang pernah menyarung jersi pasukan kebangsaan,” katanya.

Tambah Nazrul Izad, akademi berkenaan dijangka akan melibatkan penglibatan belia dari 11 daerah di seluruh Pahang, sekali gus memperluaskan peluang pencarian bakat baharu yang berpotensi diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

“Saya juga sedang mendapatkan khidmat nasihat daripada bekas jurulatih dan pengurus skuad Pahang bagi memastikan akademi ini dapat direalisasikan secara terancang dan berkesan,” jelas beliau lagi.



Source link

OR

Scroll to Top