Gajah nak ajar ibu hargai anak yang ALLAH berikan – Ustaz Harryanto

Gajah nak ajar ibu hargai anak yang ALLAH berikan – Ustaz Harryanto


KEJADIAN seekor anak gajah mati dilanggar sebuah lori baru-baru ini mengundang simpati orang ramai. Foto Canva

KEJADIAN kemalangan seekor anak gajah yang mati dilanggar sebuah lori di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli baru-baru ini benar-benar meruntun hati rakyat Malaysia.

Apa yang lebih mengundang sebak ramai lagi apabila ibunya dirakam sedang cuba menolak lori tersebut, demi menyelamatkan nyawa anaknya di bawah perut kenderaan berat itu.

Pendakwah, Ustaz Harryanto Rizal Rokman ketika mengulas mengenai rakaman video tersebut menjelaskan, kejadian tersebut menjadi viral disebabkan ada sentimen keibuan yang mendalam oleh ibu gajah terhadap anaknya itu.

USTAZ HARRYANTO

USTAZ HARRYANTO

“Kemalangan berlaku pada waktu malam, tapi ibu gajah itu tunggu sampai pagi (untuk menyelamatkan anaknya).

“Kalau diikutkan dari segi tarikh pula, ia dekat dengan Hari Ibu, jadi menyebabkan ia ada sentimen keibuan,” jelasnya di TikToknya pada Isnin.

Tambah pendakwah itu, kebiasaannya orang ramai akan bercerita mengenai penghargaan kepada ibu pada sambutan Hari Ibu namun berlaku sebaliknya pada tahun ini.

“Mungkin agaknya Hari Ibu tahun ini, ibu gajah itu hendak mengajarkan manusia pula supaya ibu menghargai anak yang ALLAH SWT berikan kepadanya.

“Jadi tidak cukup sekadar dia membesarkan anak-anak, tetapi menjaga anak-anak itu daripada mati.

“Ini kerana cabaran dan masalah yang ada dalam kehidupan hari ini, maka ibu mesti menjaga anak-anaknya dan dia boleh bertindak macam ibu gajah tadi,” hurainya.

Walaupun dalam konteksnya anak gajah itu telah mati, ibunya benar-benar mahu jaga anak itu, ujarnya.

IBU gajah mahu mengajar ibu-ibu agar menghargai anak yang dianugerahkan ALLAH kepada mereka. Foto Canva

IBU gajah mahu mengajar ibu-ibu agar menghargai anak yang dianugerahkan ALLAH kepada mereka. Foto Canva

Jelasnya, berkebetulan kemalangan tersebut berlaku pada Hari Ibu, ibu gajah itu mahu mengajar manusia terutamanya kaum ibu mengenai perkara ini.

“Mungkin kali ini gajah itu hendak mengajar ibu-ibu mengenai faktor cabaran kehidupan anak-anak hari ini.

“Kesianlah kepada anak-anak dan jangan sampai mereka mati dilanggar oleh kehidupan pada hari ini,” jelasnya.



Source link

OR

Scroll to Top