Gaji penjawat awam naik sebelum hujung tahun ini – PM

Gaji penjawat awam naik sebelum hujung tahun ini – PM


PERMATANG PAUH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mencari jalan untuk  menaikkan gaji penjawat awam sebelum akhir tahun ini.

Anwar berkata, pengumuman berhubung perkara itu selewat-lewatnya akan dilakukan pada pembentangan Belanjawan 2025.

“Kita akan umumkan (kenaikan gaji) dalam beberapa bulan akan datang selewat-lewatnya dalam (pembentangan) belanjawan negara tahun ini.

“Jadi masa (pembentangan) belanjawan tu dengar daripada mula sampai habis sebab saya tak bagi tau bila saya nak umum,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Madani Peringkat Negeri Pulau Pinang di Pusat Islam UiTM Kampus Permatang Pauh di sini, hari ini.

Anwar (tengah) menghadiri Majlis Berbuka Puasa Madani Peringkat Negeri Pulau Pinang di Pusat Islam UiTM Kampus Permatang Pauh di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Anwar berkata, ketika beliau mengambil alih tampuk, kerajaan berada dalam keadaan tidak boleh berbelanja lebih-lebihan.

“Duit (kerajaan) tiada bukan salah orang kampung, bukan salah pekerja tetapi salah pengurusan kerajaan (pimpinan terdahulu) terutamanya yang sakau.

“Sementara hendak betulkan salah mereka yang sakau, kita tidak boleh bebankan orang bawah. Jadi kita cari juga jalan untuk naikkan gaji penjawat awam tahun ini.

“Alhamdulillah dalam Pakatan Harapan, Barisan Nasional, GPS dan GRS kita ada kesepakatan (isu kenaikkan gaji penjawat awam) jadi tak ada masalah,” katanya.

Sementara itu, secara berseloroh Anwar turut mengingatkan penjawat awam agar tidak melupakan Kerajaan yang menaikan gaji mereka.

“Pasal apa tak naik (gaji) 2020, 2021 atau 2022? Nak tunggu kita juga bawa naik..tolong na (penjawat awam) jangan lupa,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Anwar berkata, hasil kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dijangka diumumkan selewat-lewatnya suku keempat tahun ini.

Beliau berkata, sudah tiba masanya proses tersebut dipercepatkan bagi memberi manfaat kepada penjawat awam seluruh negara.

“Ada keluhan tentang (tempoh) kajian SSPA ini kerana sudah 12 tahun dan kadar upah penjawat awam tidak dikaji dan ditingkatkan,” katanya. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top