Gaji RM13K boleh jadi B40 di bandar besar, hati-hati tafsir kategori T20 – Asyraf Wajdi

Gaji RM13K boleh jadi B40 di bandar besar, hati-hati tafsir kategori T20 – Asyraf Wajdi


Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, mengingatkan agar lebih berhati-hati dalam menilai kategori pendapatan T20 dan M40 kerana keadaan kewangan setiap isi rumah berbeza mengikut tanggungan.

Hati-hati tafsir kategori T20

Menerusi hantaran di Facebook, beliau menjelaskan bahawa sesebuah isi rumah yang mempunyai pendapatan sekitar RM13,000 sebulan, khususnya menetap di bandar besar seperti Kuala Lumpur serta mempunyai tanggungan ramai, masih boleh dikategorikan sebagai M40.

Tambahnya lagi, situasi tersebut juga berisiko menyebabkan sesetengah keluarga tergelincir ke dalam kelompok B40.

“Mara ambil kira semua ini sebelum luluskan pembiayaan. Contohnya apabila pasangan kedua-duanya guru dengan gaji RM6,500.
“Bila digabungkan menjadi pendapatan isi rumah RM13,000 dan tinggal di bandar-bandar besar, anak tiga orang universiti atau kolej, tiga lagi anak bersekolah. Cuba kira perbelanjaan mereka,” katanya, hari ini.

Artikel lain: Tak sampai 24 jam! Asyraf Wajdi dedah ribuan anak muda daftar jadi ahli baharu UMNO

Isu pengkelasan pendapatan ini kini kembali menjadi perbualan hangat di media sosial, apabila ada pihak berpendapat ia tidak menggambarkan realiti sebenar terutama bagi golongan berpendapatan sederhana tinggi yang mempunyai tanggungan besar.

Perkembangan itu turut diperkatakan susulan laporan bahawa kerajaan akan memuktamadkan mekanisme baharu berkaitan penyasaran subsidi minyak, termasuk kemungkinan melibatkan kumpulan T15 dan T20, berikutan ketidaktentuan ekonomi global akibat konflik berterusan di Asia Barat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini memaklumkan bahawa kertas cadangan berhubung pelan tersebut telah dibentangkan beberapa bulan lalu oleh jawatankuasa yang diketuai Tan Sri Hassan Marican, dan kini berada di peringkat penelitian akhir oleh kerajaan.

Sumber: Facebook Dr Asyraf Wajdi Dasuki





Source link

OR

Scroll to Top